Thursday, 20 December 2012

Kemunculan MV Agusta Rivale 800



Berikut adalah gambar-gambarrasmi Rivale 800dari MV Agusta yang telah berjaya mengusik jiwa dunia motosikal sejak beberapa bulan lalu. Apa yang dapat dilihat, anggapan pertama adalah model ini konsisten dengan ciri-ciri binaan keaslian motosikal MV Agusta. Ia adalah satu warisan ciptaan model kelahiran Itali ituReka bentuk yang kompleks adalah sangat detail membuat Rivale 800kelihatan seperti motosikal untuk masa depan. Tiga ekzos yang tergantung di bawah badan kelihatan benar-benar menarik dan kemas rapi. Style itu berjaya membuat pernyataan gaya dan karakter MV Agusta yang sangat kuatDengan enjin 3-silinder yang mampu menyesarkan 125 hp dengan175 kg berat badan, MV Agusta Rivale800 menjanjikan keseronokankepada penunggang. Model Streetfighter 848 dari Ducati pastinya menjadi pesaing terdekat kepada model yang memenangi title Moto più bella del salone’ (‘most beautiful bike of the show’) pada EICMA tahun ini. 


























Alex Ferguson Menerima Chevrolet Volt



Sebagai sebahagian daripada persetujuan ManchesterUnited Club denganChevrolet, Sir AlexFurguson telah menerima satu penghantaran model baruChevrolet Volt, sebuahkenderaan elektrik yang boleh melakukan perjalanansehingga 50 kilometerhanya dengan kuasa elektrik sahaja. "Saya fikir Volt adalah benar-benar luar biasa. Saya amat gembira dengannya", kata Pengurus Manchester United itu. Pada hari yang sama, lagenda Manchester United, Sir Bobby Charlton telah menerima kenderaan tujuh tempat duduk ChevroletCaptiva.

CBR 1000RR 2013 Superbike Terbaik



Honda telah menyatakan produk CBR1000RR baru adalah motosikal terbaik yang mereka pernahbina. Jika kita lihat dari perspektif prestasi, ia sudah dapat dibuktikan. Tambahan teknologi gabungan brek ABS yang boleh dimiliki sebagai pilihan, kita mungkin melihatbinatang yang sangat cantik menggerunkan di jalan raya.


Mesin baru didatangkan dengan peredamstereng elektronik dan klac slipper untukcornering yang tepat dan penurunan gear  yang lancar. Manakala suntikan elektronik dwi-peringkat membuatkan enjin 999ccmendapat jumlah bahan api yang betul untukmemberikan kuasa yang diperlukan dalam pelbagai senario, tanpa mengetepikanpenjimatan bahan api.

Honda CBR1000RR 2013 mempunyai instrumen LCD yang mudah untuk dibaca dan menawarkan data yang kritikal, seperti pemasa pusingan lap, catatan perjalanan dan penggunaanbahan api berkomputer, petunjuk lima peringkat peralihan gear boleh ubah, petunjuk kedudukangear dan fungsi memoritakat rpm. Harga asas bagi model ini ialah pada RM98,900.00 dan 109,900.00 dengan ABS.


Spesifikasi
Enjin                           : Liquid-cooled 4-stroke inline-4,999.8cc
Induction                   : PGM-DSFI electronic fuel injection
Ignition                      : Computer-controlled digital transistorised with electronic advance
Valve Train               : DOHC; 16-valve
Max. Kuasa               : 178ps/12,000rpm
Max.Tork                  : 11.4kgf.m/8,500rpm
Transmisi                  : 6-speed
Front Tire                 : 120/70 – ZR17M/C (W)
Rear Tire                   : 190/50 – ZR17M/C (W)







Tractors Malaysia Melancarkan Trak Gergasi Caterpillar



Sempena pertunjukkan Construction & Insfrastructure Equipment Exhibition (CIEX) 2012, Tractors Malaysia di bawah naungan Sime Darby Industrial Sdn Bhd telah melancarkan dua unit jentera berat gergasi Caterpillar model 773E dan model 740. Syarikat pengedar jentera berat utama itu mengambil langkah untuk memasuki pasaran jentera berat setelah polisi duti import dipermudah kerajaan Malaysia disamping memenuhi permintaan tinggi sektor industri pembinaan dan perlombongan. Bertemakan ‘teknologi’, CIEX 2012 mempertontonkan pelbagai jentera yang digunakan dalam industri, aksesori dan barangan jenama CAT seperti kasut, pakaian, jam tangan dan model skala jentera.





Akhirnya, Bottpower BOTT XR-1 Siap dibina



Setelah hampir dua tahun menunggu, satu berita yangbenar-benar baik untuk peminat motosikal agresif: XR-1 Bott akhirnyabersedia untuk beraksi. Bottpowermengumumkan bahawa mereka telah bersediauntuk menjual "specila Bottification" kit untuk XB Buell, iaitu motosikal asal. Bott XR-1 kelihatan kompak, padat dan ia menjadikan ramai yang menggemarinya. Berdasarkan model XBBuell, Bottpower BOTT XR-1 menggunakan brek 8-omboh caliper 1125R itu, customs Ɩhlins shock-absorber belakang dan Hammer Torqueekzos bawah badan, dengan gauge meterMotogadget serta handle-bar Easton. Gentian karbon telah digunakan secara liberal pada model ini. Radiator yang dipasangdi hadapan kelihatanseperti apa yang dapat dilihat pada gambar. Rekaan keseluruhan mungkin tidak dapat menarik ramai peminatnya, tapi mungkin memikat sesetengah individu kerana aspek kebinatangannya dan eksklusif.













Chevrolet Camaro Limited Edition Versi Paul Jr



Siapa yang tidak mengenali Paul Jr.? Beliau merupakan bintang rancangan realiti American Chopper dan co-founder kepada Orange County Choppers (OCC) bersama-sama ayahnya Paul Teutul Sr. pada 1999. Nama sebenar Paul Jr. Ialah Paul Michael “Paulie” Teutul, lahir pada 2 October 1974. Beliau merupakan ketua pereka (chief designer & fabricator) di OCC selepas berkhidmat di Orange County Ironworks. Selain itu, beliau merupakan pemilik kepada Paul Jr. Designs yang menjalankan perniagaan pengeluaran motosikal custom dan aksesori.

Setelah membina nama dalam industri fabricator dan customization, beliau mengorak langkah dengan mengetengahkan rekaan custom kereta pula. Antara kereta pilihan Paul ialah Chevrolet Camaro yang menjadi edisi terhad di dalam pasaran. Hanya 77 unit versi ini dibina oleh Trans American Muscle. Camaro ini akan menampilkan penggunaan Whipple supercharger, custom ekzos, rim 22 inci, cat hitam flat, dan banyak lagi pada jentera 580 kuasa kuda ini. Harga? Yang kami tahu setakat ini ialah 84,000 USD, tapi mungkin akan lebih daripada nilai itu sekiranya mencapai nilai estetika yang lebih dari sepatutnya. 












Toyota GT86 Tampil Garang dengan Wald International

Tuners dari Jepun, WaldInternational sebelum ini tidak pernah dipuja dan menjadi kegilaan ramai kepada peminat kereta, tetapi untuk kali ini, mungkin lebih baik atau bernasib baik dengan hasil kerja untuk Toyota GT86. Bentuk GT Toyota 86 telah berjaya menarik perhatian berjuta-jutalelaki yang gemarkan aksesori dan kosmetik kereta lebih-lebih lagi kereta performance seperti ini. Namun, bukan mudah bagi mereka untuk memiliki sesuatu yang ekstrim dan melibbatkan kos yang tinggi.

Wald International telah menambah sentuhan kepada pakej yang lama termasuk skirt sisi, spoiler depan,dan diffuser belakang. Mereka juga telah menggantikan hud hebat bercoret dengan scoop udara besar-besaran. Padanan rim aloy 3-piece 5-spokes yang lebih besar cukup membuatkan kereta ini tampil dengan karakter yang garang dan tampak ‘jahat’ bila menyusur di jalan raya.  Kit penuh iniakan membuat kemunculan sulung di Tokyo Auto Salon 2013pada bulan Januari




Naza Blade 250 & 650 R 2013


Satu kerjasama antaraNaza dan Two BrothersRacing sejak tahun lepas telah memberikan penunggang Malaysia pilihan tambahan dalam mendapatkanmotosikal dalam pasaran tempatan. Dari aspek luaran dan persepsi awalan, 2 buah jentera itu pasti mampu memberikan keseronokan menunggang. Baru-baru ini dalam satu majlis yang dihoskan di Naza Bikes Shah Alam, syarikat itu telah melancarkanNaza Blade 250dan 650 versi Rdengan padanan sistem ekzos Two Brothers Racing yang boleh kita lihat daripada emblem pada slip ekzos tersebut.

Naik taraf ekzos motosikal Naza itu dikatakanmampu meningkatkan kuasa kuda sebanyak 5% dan secara tidak langsung telah memberi kuasa tambahan kepada prestasi. Hadir pada majlis itu ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies) untuk memperkenalkan model 2013. Naza Bladeadalah antara model yang popular di Malaysia kerana ia boleh dimiliki dengan harga yang murah dan pakej prestasi yang wajar




Categories