Thursday 20 December 2012

Chevrolet Camaro Limited Edition Versi Paul Jr



Siapa yang tidak mengenali Paul Jr.? Beliau merupakan bintang rancangan realiti American Chopper dan co-founder kepada Orange County Choppers (OCC) bersama-sama ayahnya Paul Teutul Sr. pada 1999. Nama sebenar Paul Jr. Ialah Paul Michael “Paulie” Teutul, lahir pada 2 October 1974. Beliau merupakan ketua pereka (chief designer & fabricator) di OCC selepas berkhidmat di Orange County Ironworks. Selain itu, beliau merupakan pemilik kepada Paul Jr. Designs yang menjalankan perniagaan pengeluaran motosikal custom dan aksesori.

Setelah membina nama dalam industri fabricator dan customization, beliau mengorak langkah dengan mengetengahkan rekaan custom kereta pula. Antara kereta pilihan Paul ialah Chevrolet Camaro yang menjadi edisi terhad di dalam pasaran. Hanya 77 unit versi ini dibina oleh Trans American Muscle. Camaro ini akan menampilkan penggunaan Whipple supercharger, custom ekzos, rim 22 inci, cat hitam flat, dan banyak lagi pada jentera 580 kuasa kuda ini. Harga? Yang kami tahu setakat ini ialah 84,000 USD, tapi mungkin akan lebih daripada nilai itu sekiranya mencapai nilai estetika yang lebih dari sepatutnya. 












0 comments:

Post a Comment

Categories