Thursday 20 December 2012

Naza Blade 250 & 650 R 2013


Satu kerjasama antaraNaza dan Two BrothersRacing sejak tahun lepas telah memberikan penunggang Malaysia pilihan tambahan dalam mendapatkanmotosikal dalam pasaran tempatan. Dari aspek luaran dan persepsi awalan, 2 buah jentera itu pasti mampu memberikan keseronokan menunggang. Baru-baru ini dalam satu majlis yang dihoskan di Naza Bikes Shah Alam, syarikat itu telah melancarkanNaza Blade 250dan 650 versi Rdengan padanan sistem ekzos Two Brothers Racing yang boleh kita lihat daripada emblem pada slip ekzos tersebut.

Naik taraf ekzos motosikal Naza itu dikatakanmampu meningkatkan kuasa kuda sebanyak 5% dan secara tidak langsung telah memberi kuasa tambahan kepada prestasi. Hadir pada majlis itu ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies) untuk memperkenalkan model 2013. Naza Bladeadalah antara model yang popular di Malaysia kerana ia boleh dimiliki dengan harga yang murah dan pakej prestasi yang wajar




0 comments:

Post a Comment

Categories