Ia adalah sesuatu hebatuntuk kita di Malaysia dengan kedatangan salah satu jenamayang paling ikonikdi dunia motosikal. Moto Guzzi, pengeluar lagenda dari Itali akhirnyamembuat penampilan secara rasmi di Malaysia dengan pengenalanmoto-house mereka di Shah Alam dan ia merupakan antara showroom terbaik di dunia. Apa yang menariknya, ramai yang mengharapkan sesuatu daripada motosikal eksotik Itali itu diMalaysia dan berharapdari pelbagai kemunculan jenama dalam pasaran, ia akan terus melonjakindustri automotif Malaysia ke tahapyang lebih baik.
Thursday, 20 December 2012
Thursday, 8 November 2012
Honda CBR500 dan CB500
Posted on 03:58 by cRuiSer
Sudah memang terbukti zaman kebangkitan pasaran motosikal dalam industri automotif. Honda CBR500, CB500 dan CB500X, tiga model baru yang akan diperkenalkan pada 2013 sudah menjadi bualan hangat di serata dunia. Model CBR jelas dapat dilihat di sini hampir sama dengan yang CBR1000RR, CB500 juga seperti CB1000R, akan tetapi model CB500X lebih mirip kepada model NC700X. Model-model baru ini tidak menjurus kepada pasaran model premium, tetapi lebih menumpukan kepada nilai-nilai praktikal, ekonomi, dan menjadi mesin yang menyeronokkan.
Spesifikasi model baru (masih belum disahkan):
- 470cc cecair sejuk, selari berkembar
- Enam kelajuan manual
- 46.9 hp
- 30 lb/ft tork
- Kelajuan maksimum105mph
- 120/70-17 (tayar depan) / 160-60-17 (tayar belakang)
Categories: Preview |
Leave a comment
Wednesday, 7 November 2012
Kawasaki Z800
Posted on 06:32 by cRuiSer
Model Z750 dan Z1000 antara yang popular dalam pasaran peminat motosikal berkuasa tinggi. Z800 kemungkinan besar akan menggantikan model Z750 2007 yang sedia ada dalam pasaran Malaysia walaupun kesahihannya masih dalam kesamaran. Model saiz sederhana naked-bike ini dikuasakan dengan enjin 4-stroke 4 silinder 806cc berkemungkinan besar bakal mendapat tempat di pasaran Malaysia setelah prestasi pasaran model Z750 dan Z1000 mendapat sambutan diluar jangkaan. Rekaan yang lebih garang dan futuristik menjadi tambatan jentera dua roda ini bagi menggantikan model yang masih handsome sehingga kini.
Categories: Preview |
Leave a comment
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































